Saturday, March 14, 2009

Mari Cuba JuS buah Naga.....MARVELOUSS!!!

Bahan-bahan:
  • Buah Naga (yang isinya merah) - 1.5 biji
  • Air Aiskrim Soda - ¾ botol
  • Susu Pekat - 5-6 sudu
  • Air Batu

Cara-caranya:

  • Blender isi buah naga tanpa ditambah air hingga hancur.
  • Masukkannya ke dalam jag.
  • Kemudian, masukkan air aiskrim soda ke dalam jag buah naga yang sudah diblender tadi.
  • Masukkan susu pekat secukup rasa (terpulang pada korang sume).
  • Masukkan air batu. Sedia untuk dihidang.
  • Kalau rasa jus masih pekat, bolehlah ditambah air kosong.
  • Memang sedap diminum jika sejuk.........
    ~Selamat Mencuba~

Hylocereus megalanthus

Hylocereus megalanthus
  • satu-satunya jenis buah naga berkulit kuning dan isinya putih.
  • mempunyai khasiat yang sama buah naga kulit merah.
  • rasanya, belum ada di pasaran Malaysia....ataupun saya seorang sahaja yang belum 'ter'lihat buah naga jenis ini......dan belum mencubanya....
  • rasanya mungkin sama dengan H. undatus cuma berbeza dari segi warna kulit sahaja.

Hylocereus costaricensis

Hylocereus costaricensis
(buah naga daging super merah)
  • buah jenis ini mempunyai kulit yang berwarna merah dan isinya juga berwarna merah (tetapi dipanggil super merah) kerana warnanya lebih terang berbanding jenis yang satu lagi.
  • buah jenis ini paling banyak ditanam.
  • rasanya masam-masam manis, dan lebih segar dan enak dimakan jika disimpan di dalam peti sejuk selama 1 atau 2 hari...
  • sedap dibuat jus.....

Tuesday, March 10, 2009

Hylocereus polyrhizus...

Hylocereus polyrhizus
(buah naga daging merah)
  • buah jenis ini isinya berwarna merah keungu-unguan....
  • buah jenis ini pun diminati ramai kerana rasanya yang manis (manis buah) dan lebih sedap kalau disimpan di dalam peti ais dalam sehari dua.....sanagt lazat...
  • warna isinya yang merah asli sudah boleh membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya terasa ingin menjamahnya...
  • buah ini rendah lemak dan boleh menurunkan kolesterol bagi sesiapa yang nk mengurangkan kolesterol dalam badan....sangat berkhasiat....

Sunday, March 8, 2009

Hylocereus undatus....



Hylocereus undatus
(buah naga daging putih)
  • Buah jenis ini kulitnya merah manakala isinya berwarna putih.
  • Paling digemari dan disukai ramai.
  • Buah naga putih lebih besar saiznya.
  • Rasanya yang segar (kerana rasa masamnya yang semula jadi)
  • 'Mildly SWEET AND JUICY'
  • Rendah kalori

Khasiat disebalik Buah Naga....

Terdapat pelbagai khasiat yang terkandung dalam buah ini....Antaranya:
  • Sangat baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah.
  • Ia juga memberi tindak balas memberangsangkan untuk mengurangkan tekanan emosi.
  • Meneutralkan toksik dalam darah.
  • Mencegah kanser usus.
  • Mencegah kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah.
  • Menurunkan kadar lemak dalam badan.
  • Mengandungi protein yang mampu mengurangkan metabolisma badan dan menjaga kesihatan jantung.
  • Mengandungi Serat untuk mengawal kanser usus, kencing manis dan diet.
  • Mengandungi Karotin untuk kesihatan mata, menguatkan otak dan menghalang penyakit.
  • Mengandungi Kalsium untuk menguatkan tulang.
  • Mengandungi Fosferos untuk pertumbuhan tisu badan.
  • Mengandungi Zat Besi untuk menambah darah.
  • Mengandungi Vitamin B1 untuk mengawal kepanasan badan.
  • Mengandungi Vitamin B2 untuk menambah selera.
  • Mengandungi Vitamin B3 untuk menurunkan kadar kolesterol.
  • Mengandungi Vitamin C untuk menambah kelicinan, kehalusan kulit serta mencegah jerawat.

Tuesday, March 3, 2009

Jom Kenali Dragon Fruit...

  • Dragon fruit atau dalam bahasa melayu ia dipanggil buah naga..manakala nama saintifiknya pula ialah 'Epiphyte' atau 'Pitaya'....Buah ini termasuk dalam keluarga 'cactacea' (iaitu spesis kaktus).

  • Buah ini berasal dari Amerika Selatan. Di negara China, buah ini sangat popular dan digemari oleh penduduknya dan mereka menamakannya 'Paw Wang Fa Kor'..

  • Hmm...pertama kali melihat buah ini memanglah agak pelik dengan rupa bentuknya yang agak 'ganas' kerana warna kulitnya yang merah dan seakan-akan 'bersayap' seperti seekor naga. Mungkin kerana itu buah ini dipanggil buah naga.

  • Buah ini kaya dengan potasium, ferum, protein, serat dan sodium yang boleh membantu meningkatkan daya tahan dan mengurangkan metabolisma dalam badan manusia..

Jadi, tunggu apa lagi...bagi sesiapa yang belum pernah makan buah naga ini, anda pasti ingin mencubanya bukan selepas mengetahui khasiat buah yang agak asing rupa bentuknya ini....Anda juga boleh mencuba jus buah naga milk shake di kedai atau membuatnya sendiri di rumah......Cubalah!!!