Tuesday, March 3, 2009

Jom Kenali Dragon Fruit...

  • Dragon fruit atau dalam bahasa melayu ia dipanggil buah naga..manakala nama saintifiknya pula ialah 'Epiphyte' atau 'Pitaya'....Buah ini termasuk dalam keluarga 'cactacea' (iaitu spesis kaktus).

  • Buah ini berasal dari Amerika Selatan. Di negara China, buah ini sangat popular dan digemari oleh penduduknya dan mereka menamakannya 'Paw Wang Fa Kor'..

  • Hmm...pertama kali melihat buah ini memanglah agak pelik dengan rupa bentuknya yang agak 'ganas' kerana warna kulitnya yang merah dan seakan-akan 'bersayap' seperti seekor naga. Mungkin kerana itu buah ini dipanggil buah naga.

  • Buah ini kaya dengan potasium, ferum, protein, serat dan sodium yang boleh membantu meningkatkan daya tahan dan mengurangkan metabolisma dalam badan manusia..

Jadi, tunggu apa lagi...bagi sesiapa yang belum pernah makan buah naga ini, anda pasti ingin mencubanya bukan selepas mengetahui khasiat buah yang agak asing rupa bentuknya ini....Anda juga boleh mencuba jus buah naga milk shake di kedai atau membuatnya sendiri di rumah......Cubalah!!!

No comments:

Post a Comment